Thursday 10 April 2014

Tahun Melawat Sarawak 2014 - Kuching [Part 1 - Day 1 & 2]

Tiket dah lama beli melalui promosi AirAsia dan percutian kali ini agak lama. Enam hari. Hari pertama landing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching aku ambil teksi terus ke Information Centre berdekatan Waterfront (caj RM26). Disebelahnya ada National Park Office, tujuannya nak bayar duit bilik yang aku dah tempah di Taman Negara Bako. Untuk bermalam di Bako kena booking melalui laman web Sarawak Forestry dan kena bayar sebelum ke Bako. Aku ambil bilik paling murah RM53/semalam. Nak ke sana pun nasib-nasib juga sebabnya kalau air surut bot tak boleh nak bawak penumpang. Masa aku sampai tu, person-in-charge telefon pihak Bako dan dapat tahu air baru nak pasang. Selesai urusan aku ambil bas Rapid Kuching menuju ke Bako dengan harga RM3.50. Bas ada sejam sekali. Korang boleh ambil jadual bas di Information Centre beserta dengan peta sekali. Boleh juga minta peta di kios Tourism Malaysia yang ada di lapangan terbang.


Bas akan berhenti betul-betul di hadapan jeti Kg. Bako. Kalau korang tak tahu nak turun mana pun tak perlu risau sebab destinasi terakhir bas memang di sini dan bas akan berhenti untuk menunggu penumpang sebelum mulakan semula perjalanan. Tiket masuk ke Taman Negara Bako RM10. Bot ke sana RM94 (pergi balik). Itu caj untuk satu bot. Kalau ramai yang pergi boleh bahagi-bahagikan dan kos jadi murah. Satu bot boleh naik 5-6 orang.





Sampai jeti Bako kena menapak lagi untuk daftar masuk. Kalau tak bermalam pun kena letak nama juga untuk masuk trekking dalam ni. Monyet-monyet berkeliaran perkara biasa kat sini. Tak hairan pun dengan manusia, dia buat hal sendiri je. 




Kami duduk di Forest Lodge Type 6. Boleh tahan besar juga bilik untuk 2 orang siap ada dapur lagi beserta peti ais. Puas hati. 






Selesai daftar masuk Bako, kami terus trekking. Ada banyak laluan trekking. Ikut suka nak ambil mana. Kalau nak tengok monyet probosics kena ambil laluan Telok Sapi kalau tak silap aku. Aku dari awal dah decide nak tengok Sea Stack dan laluan adalah Telok Pandan Kecil. Masa estimated 1 1/2 jam. Pergi balik darab dua makanya jadi 3 jam. Penat jugalah sebab ada certain part kena mendaki. Minta nyawa sebab dah lama tak trekking sejak tinggalkan Kinabalu. Pertengahan trekking jadi kagum sebab laluan tanah putih macam pasir pantai. Halusss. Waktu aku trekking memang cuaca tengah panas. Orang lain berjalan balik kami baru nak mula. 







Sebenarnya nak ke Telok Pandan Kecil je tapi tersesat masuk Telok Pandan Besar sebab tak perasan petunjuk arah. Alih-alih dah sampai hujung tapi mana Sea Stack?? Tapi view sini pun cantik. Hilang penat sekejap menikmati angin sepoi-sepoi bahasa Melayu. Di sini boleh tengok view pantai dari atas je tapi memang best layan jiwa. 



Patah balik baru jumpa petunjuk jalan ke Telok Pandan Kecil. Kuatkan hati dan kaki je nak berjalan. Nasib baik jalan terus je tak mendaki sangat. Dari atas sini boleh nampak Sea Stack di hujung jalan. Kalau nak turun ke pantai pun boleh. Masa aku sampai air tengah pasang tak boleh nak tengok Sea Stack dari jarak dekat. Kalau air surut mesti boleh jalan sampai ke tengah. Aku hanya dapat ambil Sea Stack dari jarak jauh. Terima kasih pada pencipta zoom kamera. Heh!



Dalam perjalanan nak balik ke chalet semula pemandangan dekat jeti memang asyik. Cantik. Balik bilik memang terus lompat katil. 



Niat hati nak buat Nite Trekking hanya tinggal impian dek kepenatan mengharung perjalanan siang hari. Jika korang bermalam di Bako boleh join untuk buat Nite Trekking. Pengurusan akan caj RM10 untuk seorang. Menyesal juga tak dapat merasa. Biasanya trekking selama 2 jam bermula jam 8:00 malam hingga 10:00 malam. Aku hanya keluar untuk makan malam. Di sini ada restoran untuk pengunjung jadi tak perlu risau tentang makanan. Restoran pun cantik dan bersih. Aku suspek diorang baru buat pengubahsuaian. Tertarik dengan Nasi Goreng Tsunami aku pun order. Pergi tempat orang nak la rasa makanan pelik sikit. Sekali datang ambik kau  sos melimpah ruah. Baru tahu tsunami cenggitu rupanya.


Esoknya hanya jalan-jalan sekitar Bako. Tengah sarapan pagi ada sekumpulan babi hutan berjalan. Pemandangan biasa kat sini tapi bagi aku yang pertama kali datang rasa teruja. Yalah, tak pernah tengok live selalu tengok dalam tv je. Di Bako juga ada tapak perkhemahan tapi tak pasti berapa bayaran dikenakan. Tapak bbq pun ada disediakan tapi semua peralatan kena bawa sendiri.



Air memang surut jauh rupanya. Boleh la jalan sampai ke tengah laut. Batu-batu kat sini pelbagai corak mungkin hasil hakisan ombak dan angin. Ecehhh... macam ahli geografi.





Daftar keluar pukul 11:00 pagi. Selepas sarapan tunggu bot untuk balik semula ke jeti Kg. Bako. Tambang RM94 tu untuk pergi dan balik. Jadi kalau korang bermalam pengurusan jeti akan bagi nombor telefon boatman untuk mereka ambil semula penumpang di Taman Negara Bako. Disebabkan air masih lagi surut kami perlu berjalan kaki ke tengah pantai kerana bot tidak dapat ke jeti. Bagus sebab tak perlu menapak semula ke jeti. Kalau air surut kena jalan ke tengah pantai. Perjalanan balik rasa macam kejap je pula. Tup-tup dah sampai jeti Kg. Bako. Kena tunggu bas untuk balik semula ke Kuching.

Kami sampai Bandar Kuching lebih kurang 1:00 petang. Aku dah booking bilik di Berambih Lodge, backpackers hotel. Harga RM50/semalam. Best sebab dekorasi di sini ala-ala rumah panjang. Berlantaikan buluh berdindingkan nipah. Seperti backpackers hotel yang lain, bilik air dan tandas di luar bilik. Walaupun di luar tetap bersih dan diri sendiri pun kenalah pandai-pandai jaga kebersihan. Aku pun hanya ambil bilik untuk satu malam sahaja di sini. Berambih Lodge berdekorasi ala rumah panjang. Ada guestbook jadi bolehlah puji, kritik dan buat pesanan penaja. Sini juga ada wifi percuma.





Selesai daftar masuk dan bersihkan diri, kami hanya berjalan di sekitar bandar Kuching dan Waterfront. Pertama, ke Muzium Negeri Sarawak di Dewan Tuanku Abdul Rahman. Nak ke muzium ni boleh jalan kaki je. Cari Pejabat Pos Besar yang bersebelahan dengan Plaza Merdeka jalan terus je sampai ke Hotel Merdeka Palace. Dari situ boleh nampak muzium. Nak senang seberang jambatan dulu ke Dewan Tunku Abdul Rahman. Kebetulan ada Rock Art Exhibition iaitu pameran seni ukiran batu dan lukisan dalam gua. Yalah, dulu kan orang tinggal dalam gua mana pergi sekolah, tak menulis dan membaca. Itulah cara komunikasi dan pembelajaran. Ada juga dipamerkan era di Sarawak yang bermula dari Era Santubong hinggalah era selepas merdeka. Bagi yang tak suka sejarah dan selalu tidur dalam kelas mungkin muzium tak sesuai untuk dimasukkan dalam itenary perjalanan. Selain dari muzium Sarawak ada juga Muzium Islam yang terletak di belakang muzium ini. Terdapat juga 3 muzium lain yang terletak sebelah menyebelah iaitu Muzium Etonologi, Muzium Seni dan Muzium Sejarah Semulajadi. Seberang jalan je. Semua boleh dilawati dengan kaki. 




Balik dari melawat kesemua muzium tu boleh singgah di Muzium Tekstil. Berhadapan dengan pejabat pos besar dan bersebelahan Plaza Merdeka. Pejabat Pos Besar kat sini pun unik. Bangunan lama yang telah diubahsuai. Rare!




Lepas tu kami ke seberang sungai menaiki bot penambang. Tambang RM0.50/sehala. Santai dekat food court sambil makan laksa sarawak. Sempat juga intai-intai kedai kek lapis di seberang sini. Ada 2 kedai yang popular kat sini, Mira Kek Lapis dan Kek Lapis Dayang Salhah. Ada juga kedai-kedai kek lapis yang lain dan juga terubuk masin.




Balik dari seberang menapak ke Tugu Kucing. Turun dari bot jalan ke depan sikit akan nampak Hotel Grand Margherita. Tugu Kucing berhadapan dengan hotel ni je.


Bersambung......

No comments:

Post a Comment