Friday 3 January 2014

Kuala Terengganu cum Setiu

Trip selama 6hari 5 malam. Pesawat Air Asia menerbangkan aku dengan jayanya selama 45 minit. Tiket pergi balik RM48. Aku rasa dapat murah mungkin sebab masa ni bukan boleh pergi pulau pun. Apa tidaknya pergi bulan Januari kot. Tapi tu tak semestinya tak ada tempat boleh berjalan di sini.
Hari pertama aku terus ke Setiu. Dah book awal-awal di Penarik Inn. Sini ada pakej yang disediakan atau nak amik chalet sahaja pun boleh. Aku dengan kawan ambil pakej untuk 3H2M RM350. Sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu masa tu pagi lagi. Sekitar 9 pagi dan terus ambil teksi ke bandar Kuala Terengganu.  Disebabkan pagi lagi maka keputusan untuk mencari makan adalah keputusan yang amat tepat. Bercuti ni pun aku tak ada itenerary dan tak ada nak tergesa-gesa. Aku tak ambil kereta sewa pun. Guna perkhidmatan awam yang ada je. Kami berlegar masuk ke Pasar Payang dan ambil keputusan untuk makan di food court bahagian atas. Dah nama pun Terengganu, jadi banyaklah gerai yang menjual nasi dagang dan juga nasi minyak pagi-pagi hari. Pilihlah mana kedai yang korang suka. Keropok lekor pun ada jual pagi-pagi tu. Selesai makan gerak nak ke Setiu. Dari Pasar Payang ke Stesen Bas jalan kaki je. Nak ke Setiu kena ambil bas henti-henti tu jangan ambil bas ekspres pula. Mau ada yang balik Kolumpo. Ngeh! Nama bas adalah S.P Bumi. Tambang bas tak berapa ingat RM6 kot. Disebabkan tak tau kat mana nak berhenti masa konduktor tu minta tambang aku minta dia beritahu aku kalau dah sampai. Dalam sejam juga nak sampai. Sampai boleh terlelap dalam bas. Dah sampai tu kena menapak juga nak ke Penarik Inn ni tapi seronok sebab sepanjang tu pantai. Lembu kat situ pun naik muak tengok pantai rasanya

  

Masuk chalet bersihkan diri pas tu apa lagi mimpi la. Petang sikit naik basikal keliling kampung. View memang cantik wa cakap lu. Hari pertama tak ada buat apa sangat pun. Bercuti santai-santai. Selamat tinggal dunia sibuk Kuala Lumpur. Sebelum berbasikal tu ada aktiviti memancing dekat sungai. Tak pernah aku pegang joran seumur hidup. Bila dah tau macam mana nak campak joran terus teruja dan rasa hebat gila. Cuma tak ada rezeki dapat ikan. Umpan dimakan ikan tak ada. Punyalah tak profesional. Cuma nak bagi tahu aku dapat tengok bulan penuh lagi terang dan sangat cantik beserta angin yang ganas sikit dari sepoi-sepoi bahasa. Snap gambar tapi tak nampak sangat kecantikan bulan sebab kamera tak canggih. Kite nyew kamewe bukan dslr. Layan matahari terbit pun best!



Esoknya lepas sarapan pergi hujung kampung tujuannya nak tanam pokok bakau. Anak bakau dah disediakan cuma tinggal nak korek dan tanam je. Sebelum tu adalah taklimat sikit dari penduduk kampong yang menjalankan aktiviti ini. Merasa la kaki ni bersalutkan lumpur asli. Kalau nak tahu di Setiu ni depan adalah laut dan belakang sungai. Selesai penanaman pokok, kami dibawa berjalan-jalan. Sepanjang perjalanan tu memang akan nampak pokok kelapa je berceracak macam besi cerucuk konkrit di Kuala Lumpur. Tenang dan santai je dengan angin yang sepoi-sepoi. Lepas tu kami di bawa ke pinkhouse. Kat sini adalah pusat aktiviti wanita kat Kg. Mangkuk, Setiu ni. Kalau berminat nak beli kraftangan yang mereka buat pun boleh. Bagi sokongan sikitlah kan. Petangnya aku di bawa naik bot susuri sungai dan boleh dilihat sepanjang sungai terdapat banyak pokok bakau melambai-lambai. Bot dibawa sehingga ke hujung dan dapat melihat pertembungan diantara air sungai dan air laut. Sempat berkelah di antara keduanya.  Selesai berkelah bot bergerak balik dan berhenti di Pine Tree. View cantik dan ada sebuah pondok tinggal. Sesuai dengan keadaan kat situ. Sesi fotografi pun mula ambil tempat. Di sini juga ada sebuah menara tinjau dan aku beranikan diri naik sampai ke atas. Kena hati-hati sebab tangga dia menegak sampai ke hujung. Dalam perjalanan ke chalet dapat tengok matahari terbenam perlahan-lahan dari atas bot. Malamnya naik bot lagi tujuannya nak tinjau kelip-kelip. Tapi disebabkan aku pergi masa ni bulan mengambang terang lagi penuh maka teranglah sungai kat situ. Tak nampak cantiknya kelip-kelip. Adalah seekor dua yang muncul.  Jadilah ye dak!















Esoknya dah kena balik. Sebelum balik sempatlah jalan-jalan cuci mata dekat Bandar Permaisuri, Setiu. Pemilik Penarik Inn sendiri yang bawa. Lebih kurang macam pasar pagi jugalah. Macam-macam ada jual. Haiwan tak pernah tengok pun ada kat sini. Berkemas apa yang patut sebab nak ke Kuala Terengganu (KT) semula. Tunggu punya tunggu bas macam tak nak muncul dan kawan aku apa lagi tahan aje bas yang datang. Bukan bas henti-henti tapi bas ekspres. Nasib baik pemandu tu baik hati nak bagi naik dan tumpang sampai KT.


Misi seterusnya ke Pulau Duyung nak bermalam dekat Awi's Chalet pula. Bagi korang yang tak suka dengan suasana kampung atau nak berpenghawa dingin setiap masa maka lupakanlah chalet ini. Aku paling suka dengan suasana kat sini dan ambil keputusan untuk menetap selama 2 malam. Biliknya memang kecil aje untuk 2 orang. Bilik air terbuka menghadap langit dan jamban pun terus ke sungai. Hampir kesemua kat sini menggunakan kayu. Tepi sungai. Walaupun bilik tak ada kunci tapi jangan risau. InsyaAllah semua selamat.







Petangnya ronda Kg Duyung naik basikal ihsan uncle Awi, pemilik chalet. Sempat singgah ke tempat pengusaha bot/kapal kayu yang juga kepunyaan pemilik chalet. Ada juga beberapa pengusaha kapal yang membuat perniagaan ini tapi dah tak semeriah dulu. Berbasikal menikmati angin petang dan singgah makan di D'Ganu, sebuah restoran stembot di Pulau Duyung. Berdekatan dengan jeti Pulau Duyung.  Untuk pengetahuan,  Pulau Duyung terbahagi dua, Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Awi's Chalet tu terletak di Pulau Duyung Kecil dan jeti pula terletak di Pulau Duyung Besar.  Lepas makan ronda sekejap sampai tersesat nasib baik ada orang sudi tunjukkan jalan pulang. 


Keesokannya misi diteruskan dengan menuju ke Noor Arfa Batik. Kaki berjalan hingga ke jeti dan naik bot penambang dengan harga RM1. Perjalanan tak lama lebih kurang 10 minit dan berhenti di jeti berdekatan Pasar Payang. Kalau nak selamat sila tanya pakcik bawa bot tu bila bot akan amik penumpang di bandar ke Kampung Duyung. Tak silap aku bot terakhir pukul 6 petang.  Nak ke Noor Arfa boleh naik Bas Bandar dengan harga RM1 dan akan berhenti betul-betul depan pintu Noor Arfa. Bas Bandar ini merupakan bas yang berasaskan kayu. Tradisional gitu.  Sekali lagi sila tanya pemandu bas kalau tak pasti nak berhenti di mana. Ini bas henti-henti. Di Noor Arfa boleh cuba warnakan batik sendiri. Pembuatan batik dan tenunan songket juga boleh dilihat disini.



Sempat juga ke Kota Lama Duyung yang terletak di Pulau Dayang Besar.  Di buka pukul 9 pagi dan tutup 5 petang. Bolehlah tambah- tambah pengetahuan tentang asal-usul Pulau Duyung itupun kalau berminat. Kalau tengok gambar kat bawah ada signage Kota Lama Duyung, ada jalan belah kiri tu masuk ikut rumah orang (Aku naik basikal). Agak terpencil sikit tempatnya.  Di kawasan Pulau Duyung ini juga adalah tempat Monsoon Cup berlangsung tapi masa aku pergi dah tak ada sebab monsun pun dah habis. Jenguk-jenguk ajalah kat dalam. Nak masuk harus melalui Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.





Kalau ke Terengganu tak lengkap lah kalau tak ke Taman Tamadun Islam (TTI). Aku ke sana pun naik pengangkutan awam. Bas Bandar sekali lagi. Tambang RM1. Naik dari stesen bas. Nampak Bas Bandar yang tulis TTI naik je. Laluan terakhir memang ke TTI. Di TTI bayaran masuk RM20. Ada juga pakej naik cruise sekali dengan tour masjid-masjid kat dalam TTI. RM20 tu termasuk pasport , tiket masuk, voucher RM2 (ini aku pakai buat beli souvenir dalam tu). Kalau rasa-rasa nak pergi TTI lagi simpanlah. Nanti cop lagi. Dalam ni segala replika masjid dalam dunia ada. Masjid Kristal di luar TTI. Menapak sikit ke hujung jalan. Cantik!









Pengakhiran ke Pasar Payang. Keropok lekor adalah ole-ole wajib beli kalau ke Terengganu. Nak cari batik pun ada di sini. Tak payah cerita banyak korang pun tau apa yang ada kat sini kan. Taknak sesak sangat macam Pasar Payang boleh ke Bangunan Warisan. Berhadapan dengan Pasar Payang tu je. Sunyi sikit tak ramai yang pergi. Jalanlah kat sini. Walaupun sunyi lagi senang kalau korang nak shopping batik kat sini selain dari Pasar Payang dan Noor Arfa tu. Di bangunan ni ada pintu masuk ke Bukit Puteri. Menurut cerita, ia adalah kubu pertahanan zaman dulu. Dan disebelah bawah kubu tersebut adalah istana lama iaitu Istana Maziah. Aku rasa memang tempat pemerintahan dulu sebab kalau korang naik ke atas Bukit Puteri korang akan dapat lihat pemandangan Bandar Terengganu dari sini. Sungai dan laut juga.

Terengganu masih banyak yang perlu diterokai. Mungkin akan datang lagi masa akan datang. InshaAllah.