Monday 6 April 2015

Medan

Ini antara tempat-tempat yang aku pergi di Medan. Kalau nak cari berkenaan shopping di Medan memang tiada di sini. Ini bukan trip santai tepi laut. Kalau nak cari info berkenaan tempat-tempat selain kebiasaaan orang ke Medan mungkin entri ini boleh membantu. Di kota Medan tiada apa yang banyak boleh dikongsikan. Cuma kebanyakan tempat menarik terletak di luar kota.

Suasana malam di kota Medan


Air Terjun Sipiso-piso

Air terjun ni tak berlekuk-lekuk atau berbatu-batuan. Jatuh dari paras yang tinggi hingga ke bawah. Airnya deras dan kuat. Pada penggemar hiking boleh turun ke bawah dan rasa sendiri macam mana kuat airnya. Bayangkan nak bercakap pun kena menjerit. Jalan ke bawah hanya melalui tangga. Nak tutun ke bawah memang manis je rasa tapi bila naik tercungap juga minta nyawa.



Ada kedai makan di kawasan ini dan kedai menjual cenderahati (souvenir) juga.

 
Tonging (Danau Toba)
 
Ini adalah sisi lain Danau Toba. Bersebelahan dengan Sipiso-piso. Kalau nak tau air Sipiso-piso tu mengalir terus ke tasik ini. Sepanjang tasik ada saja kedai makan dan kebetulan masa aku sampai ada gerai-gerai jualan sayur-sayuran dan hasil tanaman macam pasar tani kat Malaysia ni.





 
 
Air Terjun Dwi Warna / Dua Warna 
 
Terletak di daerah Sibolangit. Amat dicadangkan ke sini tapi trekking hampir dua jam ye. Sama macam Sipiso-piso. Air jatuh terus dari atas. Yang uniknya air kolamnya berwarna biru dan batu-batuan sekitar berwarna putih. Ada dua lokasi air jatuh cuma pengunjung akan fokuskan kepada air terjun yang utama kerana keunikannya. Mana nak dapat oii kat tempat lain. Mungkin adalah tapi aku tak pernah tengok kat tempat lain cuma dapat rasa dan lihat sendiri di sini. Sejuk pulak tu. Aku rendam kaki sekejap pun dah gigil.

sebelah kanan
 
Sebelah kiri

Aku paling suka tempat ni. Sejuk je rasa dan airnya yang kebiruan yang buat tempat ini unik.


 
Lumbhini Park
 
Ini sebenarnya kuil Buddha yang dah dibuka untuk pelancong melawat. Tak ada apa pun sebenarnya. Nak bergambar bolehlah.


 
Pasar Berastagi
 
Antara tempat untuk beli souvenir. Kalau nak shopping pakaian pun ada tapi aku tak ada selera nak tengok. Sama je dengan Malaysia tak ada apa yang lain. Aku beli benda wajib masa travel je rantai kunci dengan pelekat peti sejuk.
  
Pada aku tempat ini tak berapa menarik. Mungkin orang yang suka membeli sukalah. Pada aku ianya biasa saja. Yang menariknya ada perkhidmatan menaiki kuda di sini. Caj berapa dikenakan aku tak tahu sebab tak bertanya dan tak berminat. Gambar tak ada sebab tak ingat nak snap. Faktor kurang berminat mungkin juga.
 
 
Volcano Sibayak
 
Paling best pergi awal pagi untuk sunrise. Aku tak dapat nak kejar matahari terbit sebab headlamp tak ada. Agak bahaya kalau nak mendaki gelap-gelap ke atas. Masa mendaki tak lama. Lebih kurang sejam setengah je bagi orang yang konon-konon hiker macam aku. Kalau selalu naik turun gunung atau bukit mesti lagi cepat sampai. Sulfur kat sini sangat kuat jadi bawaklah kain untuk tutup hidung. Dari bawah aku tak rasa sangat tapi bila dah setengah perjalanan rasa macam mabuk pun ada dengan bau sulfur. Makin daki makin kuat sulfurnya tapi aku tengok selamba je diorang ni camping tepi kawah sulfur tu dengan tak pakai penutup hidung. Gila hebat.


Sampai puncak akan ada papan tanda Gunung Sibayak maknanya dah berjaya mendaki gitu. Dari atas boleh nampak bentuk kawah volcana dengan jelas. Gunung berapi ni dah tak aktif cuma sulfurnya je yang ditinggalkan untuk kenangan korang. Keh keh keh.




Merdeka Walk

Ini di kota Medan. Cuma ada deretan kafe dan agak meriah bila pergi pada waktu malam.



Masjid Raya
Antara masjid tertua di kota Medan. Dari tempat aku menginap nak ke masjid ni dekat je. Jalan kaki beberapa langkah je dah sampai.




Istana Maimun

Antara tempat yang boleh dikunjungi di Medan. Istana ni tak keterlaluan senibinanya walau pengaruh emas, kuning dan raja tidak dapat dipisahkan jika dilihat pada tempat persemayaman. Ianya adalah istana raja Melayu dan kuat pengaruh Melayunya.





Masa aku datang sini disambut dengan acara nyanyian Melayu. Memang ada pada setiap hari kecuali hari minggu kalau tak silap aku.
 
Di bawah adalah gambar matahari terbit yang aku sempat di ambil.
 
 
 
Untuk pengetahuan, aku ambil guide masa di Medan. Menyenangkan pergerakan sebab jarak antara satu tempat ke satu tempat di Medan agak jauh. Bila dicongak campur darab bahagi maka ambil guide adalah penyelesaian

Kalau kalian mencari guide di Medan boleh hubungi nombor ni +6283199007350 (Syariza)