Thursday 23 October 2014

Air Terjun Perlus, Buluh dan Harimau

Sesuai dengan namanya. Kamus Dewan memberi makna perlus atau terperlus yang bermaksud terperosok. Memang Air Terjun Perlus ini terperosok jauh ke dalam hutan di daerah Hulu Langat. Nak ke sini sama seperti ke jalan ke Air Terjun Gabai tapi kena melalui satu perkampungan Orang Asli. 

Sebelum memerah tenaga ke dalam hutan perut haruslah dikenyangkan. Dicadangkan untuk korang sarapan di kedai Nasi Lemak Anak Lelaki Hensem. Ini bukan aku yang bagi nama tapi memang sejuk mata memandang pun anak dia. Eh! Tapi kalau makan kat sini mesti tak cukup satu sebab aku pun bedal roti canai dengan nasi lemak sekaligus. Roti canai tu anak lelaki dialah yang tebar. Eh lagi! Malaysia sangat sarapan pagi tu. Apa ada hal kejap lagi mesti terbakar punyalah kolesterol yang ada. Kedai ni senang je nak cari. Ikut jalan nak ke Air Terjun Gabai tu mesti lalu satu jambatan kan. Kedai ni betul-betul tepi jambatan. Nah.




Habis makan dan gosip liar, tapau nasi lemak lagi (Lagi?) seterusnya kami mulakan misi. Kereta parkir/tumpang letak dekat Kampung Orang Asli Perlus. Kalau nak diikutkan trekking mengambil masa kira-kira 3 jam bagi yang normal macam kamilah. Kalau berlari mungkin lagi cepat sampai. Tapi disebabkan sepanjang perjalanan banyak betul buluh yang tumbang maka dari berjalan ke merangkak, berjalan balik dan merangkak balik. Kalau pokok tumbang tak apa, ini buluh bersimpang-siur jadinya. Aku perhatikan hutan ni banyak gila pokok buluh. Kalau raya takkan ada masalahlah nak buat meriam lemang buluh. Hantar panda kat sini pun bagus juga. Heh!










Setelah berhempas pulas dengan pacat, nyamuk, kerengga dan buluh betung, dekat 4 jam juga baru sampai.  Berbaloi! Gambar idok ler smooth anak-anak ye. Nak cantik dan rasa puas kenalah datang sendiri. Masa kami datang air kuat dan agak deras mungkin sebab hari sebelumnya hujan lebat dan masa kami datang cuaca amatlah baik. Syukur. 







Dah selamat sampai keluar baru tahu yang beberapa hari sebelum tu ada penduduk terserempak dengan harimau. "Perlus?? Tak jumpa harimau?" Kau boleh kata apa? Kalau jumpa mau lost terus makcik oii. Orang pun dah lama tak masuk sana katanya. Patutlah semak dia meninggi. Ok bai. 

Sedikit tips:

1. Beli tembakau/rokok dan basahkan letak dalam kasut sebelum mula trekking untuk elak pacat. (Tapi aku tetap kena sebab darah manis kot. Kah kah kah. Member lain aku tengok watlek watpis je tak kena. Cis!)
2. Hutan agak panas jadi banyak nyamuk. Mungkin sebab lembah dan agak terlindung.
3. Jalan agak senang tapi sebab buluh tumbang sukar nak berjalan.
4. Parking kereta dekat rumah orang tu kena bayar RM5 :)


Friday 22 August 2014

Kinabalu via Mesilau

Disebabkan terpesona dengan Kinabalu maka untuk kedua kalinya aku daki tapi kali ini melalui trek Mesilau. Trek Mesilau panjang sikit dari trek Timpohon yang aku daki sebelum ni. Tambah 2km lagi. Kali ini aku pergi dengan grup yang besar seramai 32 orang.  Setahun sebelum pergi dah letak nama. Trip ni aku pergi pada bulan Mei 2013. Semuanya dia yang uruskan. Dari book bilik sampai la mendaki naik dan turun. Kebanyakan yang join akan ambil flight malam khamis. Ikutkan masa berlepas pukul 9 malam tapi disebabkan cuaca buruk, lewat sampai lebih kurang pukul 2 pagi baru boleh berlepas. Sampai di Terminal 2 KKIA lebih kurang 5 pagi. Kalau nak ambil teksi di lapangan terbang boleh ambil selepas 6 pagi sebab kalau sebelum tu mereka akan caj harga tengah malam. Double kalau tak silap. Alang-alang dah menunggu tunggu ajalah sekejap kan. Lepas pukul 6 pagi harga akan jadi normal RM30. 



Teksi terus meluncur ke Borneo Bacpackers. Sebelum ni masa aku daki via Timpohon ada juga cuba book bilik kat sini tapi fully booked. Tempat ni memang popular dari backpackers hotel yang lain. Kalau-kalau nak book sebulan sebelum pergi mimpilah nak dapat. Kena book berbulan-bulan sebelum tu. Harga sekepala RM25/malam. Check-in dan kemas apa yang patut lepas tu menyantap dekat restoran Azlina Sulawesi. Seberang jalan je dengan Borneo Backpackers ni.



Van ambil kami hampir tengahari dan berhenti rehat di Petrajaya (ye kot nama tempat ni sebab aku dah lupa apa nama tempat yang kitorang berhenti makan ni). Sampai di Mesilau lewat petang. Tapi sepanjang perjalanan pemandangan memang cantik. Rujuk gambar dibawah. :)







Di Mesilau Nature Resort ini pun cantik. Berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Segalanya cantik di sini. Cuma masa aku datang ni hujan jadi tak berapa cantik waktu malam. Kalau tidak mesti dapat tengok bintang berkelipan nan indah. Kami tinggal di Bishop Head 1. Selesa dan bersih. Bilik aku ada 3 katil double-decker. Agak besar biliknya. Jangan risau pasal shampu, mandian dan lain-lain. Semuanya ada. Tapi kalau nak cari juga skrub Body Shop memang tak dapatlah mek. Malamnya kami jamah buffet yang dah disediakan. Balik dari makan kena tidur cukup-cukup sebab esok nak pakai banyak tenaga fizikal, mental dan emosi.










Misi bermula. Beg yang mahu ditinggal bawah akan dicaj RM10 dan disimpan di Kinabalu Park. Sama macam mendaki melalui Timpohon. Beg yang di bawa oleh porter akan dicaj RM10/kg. Aku percaya korang tak akan bawalah barang-barang sendiri melainkan air dan makanan untuk diri sendiri sepanjang jalan. Masa ni memang selfish habis. Silalah bawa bekal coklat untuk penambah tenaga. Kalau ada 'power bar' lagi bagus. Trail Mesilau juga seperti Timpohon ada beberapa pondok rehat setiap kilometer sepanjang perjalanan ke Laban Rata seperti Pondok Schima, Pondok Bambu, Pondok Nepenthes, Pondok Tikalod, Pondok Lompoyou dan Pondok Magnolia. Dan jangan risau sebab gunung mewah ini ada tandas untuk kemudahan kumbahan para pendaki. Yang menariknya melalui trail Mesilau selain view yang lagi superb adalah melalui Jambatan Gantung (Kipuyut). Selain itu, trail Mesilau juga banyak tangga. Kaki kena gagah sikitlah.




























Trek Mesilau akan berjumpa dengan trek Timpohon juga pada kilometer ke 6 dan ada 2km lagi untuk ke Laban Rata. Masa ni tanda-tanda hujan nak muncul dah. Cuaca di Kinabalu tak boleh nak dijangka jadi silalah sediakan payung sebelum hujan. Spare je baju hujan dalam beg korang tu. Boleh beli dekat 7-11 harga RM2 tu.  Jangan beli lepas tu letak dalam beg bagi porter pula. Simpan dan galas sendiri ye. Kang hujan, porter ke mana engkau yang kuyup. Kalau badan kulit buaya bolehlah tahan sejuk kot.

 





Sampai Laban Rata pukul 4 petang. Yahoo! Menahan sejuk sebab hujan renyai-renyai lebat (pun boleh) pada kilometer terakhir nak ke Laban Rata. Trail lecak sebab hujan. Tapi best sebab dapat layan bufet kambing. Apa guna bayar kalau tak makan. Heh! Check-in bilik pun dah dekat nak senja dan layan matahari terbenam di Gunting Lagadan. Cantik. Pagi tu mula daki ke puncak pukul 3 pagi. Siapa yang mandi sebelum naik ke puncak ni memang aku tabiklah sebab mandi ala P. Ramlee pun dah macam tak mampu rasanya. Pendakian kali ni lain macam dia punya angin. Tak macam waktu kali pertama naik. Macam biasa sebelum naik ke puncak guide akan bagi penerangan.  Jangan lupa pakai baju yang sesuai macam winter coat tu sebab cuaca memang sejuk. Walau tak ada salji tapi boleh feeling Malaysia ada salji. Dan headlamp memang penting sebab pendakian ke atas pada waktu ni memang gelap. Dengan semput, mengah semua ada tapi sampai juga ke puncak. Macam paksa pun ada. Bila dah sampai rasa macam lihatlah dunia! Seriously silalah ke sini. Dah sampai mesti rindu. Percayalah. Sampai sekarang pun aku rindu dengan Kinabalu. Tak tipu. Di atas sini boleh layan matahari terbit paling cantik. Jangan lupa bergambar dekat Low's Peak untuk show off yang korang dah sampai puncak paling tinggi kat Malaysia. Ok, bergambar banyak-banyak boleh show off banyak-banyak tidak digalakkan. Punyalah nak tunggu orang tak ada dekat Low's Peak sampai langit pun  tak nampak biru.














Balik ke Kota Kinabalu badan dah letih. Malam baru sampai dan check-in kembali di Borneo Backpackers. Esoknya pergi island hopping. Ambil 2 buah pulau je. Ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Boleh snorkeling kat sini. Air jernih gila wa cakap lu. Kalau banyak masa boleh cover 3-4 pulau. Ambil bot dari jeti Jesselton Point tu. Boleh jalan kaki je dari Borneo Backpackers ni. Tapi taklah dekat sangat dan taklah jauh sangat. Yang sedang-sedang saja. Satu bot RM350.00 boleh muat 10 orang lebih kurang. Kalau korang datang 2-3 orang nanti abang bot cari passenger lain juga untuk penuhkan bot. Tak adalah kena bayar untuk satu bot.








Dah bersantai di pulau terus ke Pasar Philiphine. Pun jalan kaki juga. Kat sini korang boleh dapatkan hasil laut kering macam ikan bilis, udang kering, terubuk masin dan belacan pun ada. Ada duit kedai pun boleh beli. Nak cari souvenir untuk mak, ayah, abang, kakak, adik, makcik, pakcik, teman lelaki, teman wanita, skandal dan kawan-kawan dekat sini memang tempatnya. Ohhhh... sebelum lupa, di Borneo Backpackers ada Roof Garden yang mana nak layan perasaan pun boleh kat atas bumbung ni. Washing machine ada untuk basuh baju sendiri. Mat untuk berjemur pun ada kalau tak silap aku. Tapi orang Malaysia ni nak ke berjemur cukuplah hari-hari kena sinaran UV kan.





Flight aku malamnya dan sampai LCCT hampir 1 pagi. Ambil shuttle bus terus ke KL Sentral. Bas ni ada 24 jam kat LCCT. Harga tiket LCTT-KL Sentral RM8. Sekian.