Friday 29 November 2013

Ke Bandung Tanpa Arah

Perjalanan dengan kapal terbang ambil masa lebih kurang 2 jam. Perbezaan waktu Malaysia dengan Indonesia adalah sejam. Dah nama pun naik AirAsia jadi redho je la duduk dalam kabin tu selama dua jam tanpa boleh meluruskan kaki. Heh!

Trip ni ikut kawan yang main gamble je terjah sana. Sebelum datang adalah baca-baca blog orang sikit. Dapatlah info-info yang berguna untuk panduan kat Bandung nanti.
Supir boleh didapati kat mana-mana pun. Hanya perlu buka mulut dan bertanya. Seingat aku pak supir ni caj Rp450,000.00 untuk beliau bawa kami ke tempat-tempat sekitar Bandung (ikut kome la nak pergi mana dulu). Kira sendiri la duit Malaysia. Tukaran matawang sekarang tak tau la berapa sebab aku pergi pun Julai 2011 dulu. Tempat pertama ke Tangkuban Perahu. Kira tempat wajib pergi la sebab kalau korang tak pergi sini umpama tak payah pergi Bandung la. Kehkeh..

Sesampainya pak supir kat tempat letak kereta atas tangkuban tu adalah konon tourist guide yang offer untuk berjalan ke kawah bahagian bawah. Kat tangkuban ni ada semacam muzium kecil yang menempatkan batu-batu gunung berapi. Ada explanation sikit. Dah tak ingat dah apa yang orang tu cakap. Bla..bla..bla.. last sekali katanya nak ke bawah bersama guide ada bayaran. Sumpah tak ingat bayar berapa. Masa korang jalan ke bawah tu ada la beberapa penjual yang akan mengekor memula memang la bertanya kabar, berbasa basi dan akhirnya menjual barang bila dah sampai bawah. Biasalah ni! Kalau korang tak nak berjalan dari puncak ke bawah pun tak apa. Suruh je pak supir pergi terus ke bawah dan boleh terus rendam kaki, tangan atau badan dalam lumpur gunung berapi tu. Kalau berjalan boleh tengok pokok-pokok yang cantik, unik dan ada je penjual yang menjual ukiran kayu kat situ. Pak Supir ambil kereta terus tunggu kami kat bawah.






Dekat sini pun mau setengah hari. Ambil la gambar sepanjang perjalanan puas-puas sebab view(pemandangan) yang cantik. Pokok-pokok yang unik. Sampai bawah rendam kaki dalam lumpur. Diorang akan bekalkan lumpur percuma. Bolehlah bawa balik Malaysia buat spa sendiri. Heh!

Lepas tu ke kolam air panas tak jauh dari sini. Yang bestnya ada salah satu kolam kat sini namanya kolam temu jodoh (lebih kurang la namanya). Khas buat yang tak dapat jodoh lagi kot tapi tak ada orang mandi pung. Segan lettew!



Perut dah berkeroncong makanya singgah la makan kat gerai tepi jalan dalam perjalanan balik. Kebanyakan kat situ rata-ratanya menjual sate kelinci (sate arnab). Tekak ragu-ragu sebab seumur hidup belum pernah makan lagi tapi disebabkan kelaparan amat sambar je la apa yang ada. Sekali ngap memang sedap. lembut dan enak gitu! Datang dalam bentuk set. Nasi putih, sate kelinci, dengan ade keropoknya sekali. Keropok dia macam keropok moni kat Malaysia ni je.



Sempat singgah ke Factory Outlet di Jalan Dago. Sempat la sambar baju barang sehelai dua. Memang banyak FO kat jalan ni. Persoalannya adalah korang mampu atau tak mampu je berjalan. Tapi aku rasa kalau perasaan shopping membuak-buak dalam diri apa de hal kan.

Lepas tu ke Cihampelas.  Kat sini tak lama pun sebab tujuan nak cari hotel untuk bermalam  hari esoknya. Aku sempat rembat cardigan je kat sini sebab tak nak dalam gambar baju yang sama je sebab lepas ni kami ke Trans Studio Bandung pulok!
  
Disebabkan dapat dua (2) malam je kat Hotel Karmila berhampiran Jalan Dago dan akhirnya dapat bilik di JF Hotel di Jalan Cihampelas. Bertolaklah pula ke Trans Studio Bandung. Masa aku pergi ni Trans Studio baru je siap (baru tak baru la) dan teramat muda lagi. Dalam ni ada permainan-permainan indoor, rumah hantu pun ada. Cantik pergi waktu malam sebab ada limpahan lampu-lampu kat situ. Ada joker, maskot-maskot kartun. Cubalah segala jenis permainan yang ada. Bayaran masuk sini Rp150,00.00.






Esoknya berkemas dan check-out dari Hotel Karmila. Perut lapar dan kami berjalan sedikit singgah di Pizza Hut. Tak jauh pun dari hotel. Kenapa pizza hut? Sebab pizza hut sini tak sama dengan kat Malaysia. Lagi sedap. Korang kena cuba. Seriously.



Lepas lepak, makan dan santai-santai lepas tu ambil teksi ke pasar baru. Pemandangan jalanraya yang sibuk dan jammed memang biasa kat sini. Orang kat sini bilangnya macet. Pagi sampai la ke petang gitulah keadaannya. Pasar Baru buka sampai pukul 5 petang je. Ini waktu aku pergi dulu tahun 2011. Sebarang perubahan bukan dalam bidang kuasa aku. Kalau korang bawak mak, makcik, kak cik kat sini kompem dari pagi sampai petang pun kat sini jugak. Segala macam ada jual. elekung, tudung, kebaya bermacam jenis. Namakan sahaja. Kalau rasa-rasa yang nak kahwin tu nak cari doorgift pun bolehlah cari kat sini. Kebanyakan jual dalam pukal/borong. Letihlah juga berjalan dalam bangunan botingkek-tingkek ni. Kedai rapat-rapat pula tu. Pitam!



 Di Bandung ramai penyanyi jalanan. Kendong gitar, nampak je orang dia akan nyanyi depan korang tak pun bila korang makan kat gerai-gerai tepi jalan. Bagilah tips sikit barang Rp10,000 ke atau seikhlas hati sanubari korang.  Dah bagi duit dia jalanlah walau lagu tak habis lagi. Balik dari Pasar Baru aku naik beca dan terus check-in kat JF Hotel. Jauh juga ye dari Pasar Baru nak ke Cihampelas tu.




Esoknya tak ada apa aktiviti yang di buat sangat pun. Berjalan di sekitar Cihampelas sambil cuci-cuci mata. Santai-santai je sebab tak apa nak di kejar. JF Hotel ni bersebelahan dengan kedai serbaneka 24jam yang aku dah lupa apa nama kedai. Lebih kurang macam seven eleven kat Malaysia. Jalan kaki je ke depan jumpalah kedai-kedai serupa FO. Korang bolehlah shopping puas-puas sebelum balik, Masa aku kat sini kebetulan ada konsert malam tu kat depan Cihampelas Mall. Jalan kaki kat sini memang penat sikit tapi naik kereta/teksi lagi meyeksakan. Macet dong!

Di sini sepanjang jalan ada Factory Outlet (FO). Barang branded tapi harga murah. Kat sini juga ada Paris Van Java (Parijis Van Java). Disarankan untuk berjalan sahaja di Cihampelas sebab jalan sibuk amat. Disini ada Cihampelas Mall (kompleks beli-belah lebih kurang) dan korang boleh tengok sepanjang perjalanan ada je patung-patung superhero dekat kedai-kedai sepanjang jalan. Batman la Spiderman la Superman la.




Keesokannya berlepas ke Kuala Lumpur. Tiket awal pagi. Mamai lagi bangun pagi tu. Dan selamat kembali ke Tanah air dengan selamatnya.



Wednesday 27 November 2013

Langkawi Satu Masa Lalu

Percutian ke Langkawi ni dah tak berapa nak ingat dah. Cuti-cuti Malaysia dengan familia. Bertolak malam dan sampai ke jeti Kuala Kedah dan tunggu pukul 6pagi baru kaunter tiket feri di buka. Pergi masa cuti sekolah makanya ramailah orang berduyun-duyun seperti Mega Sale gamaknya. Urusan kaunter feri selesai dan bergeraklah kemudian ke Tanah Langkawi. Feri ambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Jeti Kuah, Langkawi. Sesampainya sana jangan risau dengan kereta sewa sebab bukan korang yang cari kereta, kereta tu sendiri yang akan cari korang ye. Maknanya ada la yang memanggil-manggil ambil servis kereta sewa dari pengusaha kereta sewa ni. Kalau tak ada yang melambai jalan lah sikit di kaunter-kaunter macam bas ekspress kat jeti tu dan sewalah kereta kat mana-mana pengusaha yang beroperasi kat situ.

Aku amik kereta Proton Iswara dengan sewa RM90 sehari. Bolehlah kan. Bukan nak pergi mana pun nak ambil kereta besar-besar, mahal-mahal. sewa untuk dua hari. Tapi itu harga tahun 2011 lah. Tahun 2013 ni tak tau la harga dia berapa. Silap-silap dah lupus kot.



Tak banyak tempat boleh cover. Tahu ajelah. Pergi dengan bonda memerlukan hampir setengah hari di pekan Kuah dengan coklat, window shoping pinggan mangkuk.

Antara tempat-tempat yang aku pergi Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Kereta Kabel. Yang bestnya naik kereta kabel boleh nampak air terjun Telaga Tujuh dari atas. Syok woo. Lepas turun naik dari kereta kabel bolehlah naik ke Telaga Tujuh (kaki tu pastikan agak fit dan kuat). Nampak helang tapi tak sempat snap. Cenonet je nampak dalam gambar. Sedih!

Layan je lah gambar-gambar yang sedikit ini.











Selamat berjalan ke Langkawi!


Friday 8 November 2013

Kali Pertama

Ini bukan kali pertama menulis blog. Bukan kali pertama merepek. Tapi ini kali pertama aku rasa nak menulis dengan sebenar dan benarnya. Harap tidaklah muntah membacanya. Sebelum ini adalah menulis blog tapi dah bersawang dan bila baca balik rasa nak muntah hijau dengan penulisan sendiri. Mau gelak guling-guling pun ada. Al maklum bahasa remaja sangat. Zaman-zaman baru nak up dulu. Sekarang aku cuba untuk tidak memodenkan sangat penulisan yang tahap orang rasa nak lempang sebab Bahasa Melayu perlu ada kelas tersendiri. Harap tidak tersasar dari landasan. Sekeping gambar yang aku rasa cantik dan gorgeous untuk tatapan kalian.