Monday 23 March 2015

Kita Ke Korea - Seoul [Korea - Part 3]

Sambungan Hari Kelima...

Hari Kelima

Twin Rabbit Hostel

Bayaran: KRW90,000/4 orang

Macam duduk studio apartment. Semua ada dalam satu bilik. Mesin basuh, ampaian, televisyen serta dapur. Tempat ini di kawasan Hongdae.

Gambar tong sampah terpaksa di edit dengan bunga 'segar' untuk mengelakkan mata ketumbit

Hello Kitty Cafe

Kafe ini popular disebabkan figura Hello Kitty je. Kafe berdekorasi comel dan semua ruang dipenuhi dengan gambar-gambar Hello Kitty. Peminat Hello Kitty tegar mesti tak nak balik kalau ke sini. Aku rasa la juga makanan di sini, Pesan sekeping wafer coklat pisang dan kopi berharga KRW9,000. Rasanya sama saja dengan mana-mana wafer dan kopi di kafe lain. Tapi dah sampai kan, cuba jelah.




Masa kami nak mencari kafe ni jenuh jugalah sebab kafe ni kena keluar dari stesen subway Hongik University exit 9. Kami punya hostel keluar di exit 2. Peta kat bawah tunjuk jalan ke Trick Eye Museum sebenarnya tapi boleh guna untuk cari kafe ni juga. Ada tertulis dalam peta.


Trick Art Museum & Ice Museum

Bayaran masuk: KRW15,000/seorang

Berdekatan dengan Hello Kitty Cafe yang kami pergi. Disini juga ada night market  berhadapan muzium ini dan di sepanjang laluan tapi harganya agak mahal. Disarankan tidak membeli di sini. Mungkin disebabkan kawasan tumpuan pelacong.
 
Trick Art Museum & Ice Museum adalah dalam satu bangunan yang sama.

   



 
Hari Keenam 

Namsan Guesthouse (1)

Bayaran: KRW85,000/4 orang

Guesthouse ini agak strategik kerana berdekatan dengan Myeondong dan stesen subway. Tapi tempatnya di kawasan berbukit dan perlu menapak naik ke atas. Lupa nak ambil gambar sebab penat menapak punya pasal. Patutlah orang Korea kurus. Ambil subway pun kena turun naik tau. Diorang ni tak payah pergi gim dah.

Sempat ambil gambar jamban je. Hahaha
Bilik ni ada 2 bilik air taklah berebut sangat terkocoh-kocoh nak guna. Almaklum 4 orang
Lepas daftar masuk dan rehat sekejap kami pun keluar takkan nak duduk memerap dalam bilik pulak kan. Kalau duduk dalam bilik je baik baik Malaysia duduk rumah diam-diam.


Namsagok Hanok Village

Bayaran masuk: Tiada
 
Pergi sini salah tarikh, waktu dan tempat sebab rumahnya tak dibuka. Hari Selasa tutup untuk lawatan. Hampeh betul tau. Kami jalan-jalan sekitar Hanok Village ni je. Taman dia besar juga. Jalan punya jalan jumpa mesin masa. Aku baca penerangan disitu kerajaan Korea akan buka 400 tahun kemudian lepas dirasmikan pada tahun 1992 lalu. Mungkin cicit piut punya generasilah baru dapat tengok.
 
Nampak panas tapi sebenarnya sejuk baq ang
 Kami hanya berjalan sekeliling taman dan bergambar seadanya. Hanya foto pengubat luka.





Muree Muslim Restaurant, Itaewon

Ok, ini pertama kali nak makan di restoran di Korea. Sebelum ini kami makan bekalan yang dibawa dari Malaysia cuma beli nasi segera di convinience store. Kami akhirnya ke Muree Muslim Restaurant di Itaewon. Senang je ke sini, hanya perlu ambil subway dan turun di stesen Itaewon. Itaewon adalah muslim street di Seoul dan kebanyakan pekedai disini terdiri dari orang-orang Turki dan Pakistan. Boleh nampak banyak kedai kebab di sini.
 


Dah kenyang jalanlah

Cheonggyecheon Stream

Ini adalah anak sungai di tengah-tengah Seoul yang cantik dan jernih. Aku tak pergi ke tempat air jatuh tu. Kebetulan masa naik subway dan agak sesat tengok map di subway ada tulis anak sungai ni. Aku nak tulis balik malas sebab bila tulis automatic lidah pun tergeliat sekali. Masa ni kami turun di stesen Dongdaemun History & Culture (aku tak pasti betul ke tak History & Culture atau History & Art tapi lebih kurang la ye). Hilang arah jugalah sekejap tapi akhirnya nampak juga.

Masa hilang arah


bentuk bangunan di stesen Dongdaemun History & Culture. Dah macam mesin masa pun ada.

Myeongdong Street

Untuk penggemar-penggemar kosmetik memang tak sah kalau tak ke sini. Deretan kedai kosmetik dekat sini. Macam-macam jenama ada. Korea memang terkenal dengan barang-barang skincare dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Kalau beli banyak memang berbaloi kerana agak murah harganya. Sekali pergi takkan habis semua kedai punyalah. Myeongdong inilah tempat paling dekat dengan guesthouse. Seberang jalan je dan kalau nak pergi hari-hari pun boleh. Hari pertama ni banyak tengok-tengok je almaklum kami ada 5 hari di Seoul.

Sepatutnya 3 hari je di Seoul tapi kami pilih untuk tambah hari lepas dapat optiontown. Hanya tambah sekitar RM79.00 untuk tukar tarikh penerbangan balik. Berbaloi jugalah aku rasa. Kan.kan..kan.. Jadi itenery pun caca-marba jadinya sebab decide untuk tambah hari di Korea dibuat last minute. Kami hanya tahu permintaan optiontown kami tu diterima bila nak check-in luggage di lapangan terbang masa nak terbang ke Korea. Tokojut mak!

Bersambung....

 

No comments:

Post a Comment