Monday 23 March 2015

Kita Ke Korea - Seoul [Part 4]

bersambung dari Part 3...

Hari Ketujuh

N Seoul Tower / Namsan Tower

Kereta kabel: KRW8,000

Nak ke sini paling senang sekali sebab dari guesthouse jalan kaki 5 minit je dah sampai tempat kereta kabel ke menara. Ada dua pilihan samada nak naik kereta kabel atau menapak jalan kaki ke atas. Dari guesthouse naik ke atas ni pun dah lelah acaner nak mendaki lagi ke atas?

Ini adalah tempat paling popular dan antara yang wajib di singgahi di Seoul. Tempat kunci hati katanya. Berjuta-juta manga kunci ada kat atas ni. Kalau rasa-rasa nak kunci hati sama dekat atas ni ada jual mangga tu lepas tu tulis la nama sendiri dengan cinta hati ke dengan Lee Min Ho ke dengan Tae-yang ke. Eh!






Eomoni Jib (Seafood Korea)

Mesti ada yang berkerut dahi bila baca pasal restoran ni. Ini adalah antara restoran makanan laut Korea yang halal di makan. Kawan aku yang gigih mencari. Dia ada baca blogger dari Malaysia makan di restoran ini. Laman web Muslim Backpackers dan Korea Tourism juga mencadangkan Muslim untuk makan di sini.

Restoran ini terletak di Myeondong. Kawasan kosmetik tu. Bukan di laluan utama dan agak sukar juga nak cari pada mulanya. Restoran ini di laluan-laluan kecil di antara kedai-kedai kosmetik yang ada.

Makan untuk 4 orang kami habiskan sekitar KRW12,000 seorang. Pesan set makanan laut, pancake seafood dan nasi. Kinchi, acar (pun boleh), tauge dan kicap diberikan seorang satu dalam kuantiti kecil.



Myeondong (lagi?)

Dah alang-alang memang di kawasan Myeondong kan pusing lagilah sekitar Myeondong ni. Hari ni tak jalan jauh pun. Sekitar sini sahaja. Sempatlah beli barang-barang skincare. Dah set dalam kepala bukan datang sini membeli sangat pun tapi bila dah sampai lain jadinya. Pendirian tak kuat betul. Rapuh jiwa rupanya. Ngeh ngeh ngeh..

Kebetulan di kawasan Myeondong ni ada stall jual kebab halal. Boleh tahan jugalah harganya. Harga untuk kebab ayam KRW5,000 tapi aku beli kebab daging yang harganya KRW7,000. Ohhh...jangan di convert harganya. Bila difikir convert menanah jiwa.


 Hari Kelapan

Pulau Nami (Nami Island)

Bayaran masuk: KRW8,000

Pergi Korea tapi tak pergi Pulau Nami memang something wrong ler tu. Naik subway di Myeondong dan kemudian tukar kepada ITX dan berhenti di stesen Gapyeong. Keluar je dari stesen Gapyeong ni kami cari teksi ke Pulau Nami. Tak payah cakap pun pemandu teksi tu dah tau nak pergi mana. Dah biasa lettew. Ada dua cara ke Pulau Nami, satu naik feri yang kebiasaannyalah dan lagi satu melalui kaedah zip wire tapi mahallah kalau nak cuba menatang ni. Kami naik feri je ke sana.

Inilah bangunan kalau nak ke Nami guna zip wire
atas feri
Pemandangan Pulau Nami ni memang cantik. Masa kami pergi musim luruh dan sangat cantik, Aku ingat kawasan dia ni kecil je tapi luas baq ang. Tak habis jelajah segenap dimensi pun. Pulau Nami ni terkenal sebab drama Winter Sonata tu, Ada juga tugu pelakon utama cerita Winter Sonata tu di sini, Drama tu memang pukul habislah dan Korea pun terkenal sebab drama ni, Fenomena kot!







 
Di Pulau Nami ni ada satu restoran yang popular dengan nasi kocak. Sebab tak pernah makan kan jadi terujalah sebenarnya orang Malaysia ni. Ia cuma nasi beserta dengan tuna didalam bekas aluminium dan diberi sarung tangan untuk menggoncangkan bekas makanan tu. Aku makan macam tak ada perasaan pun ada. Tak tau nak kata sedap atau tak sebab perasaan dan rasa tu macam sifar. Makan sampai habis pun sebab lapar tergedik-gedik perut ni.
 
 
Selain dari restoran nasi kocak tu ada satu restoran Asian Food khas untuk orang yang tak boleh berenggang dengan nasi goring dan sewaktu dengannya. Akan jumpa restoran ni dulu sebelum kedai nasi kocak tu.
 
 
Menggila ambil gambar daun-daun berguguran dekat sini. Bukan setakat pokok-pokok yang tegak dan daun-daun berguguran sayur pun ada.
 


 
 
Balik dari Nami pun dah lewat petang dan sampai guesthouse dah malam. Berebut-rebut nak naik feri sebab masa ni ramai gila orang nak keluar dah.

 
 
Yang Good Restaurant
 
Ini adalah restoran bbq halal di Seoul. Terletak di daerah Gangnam. Kalau menaiki subway turun di stesen Gangnam. Jangan buat Gangnam Style sudahlah. Masa mencari restoran ni perut pun tengah lapar macam lama sangat nak sampai kedainya.
 
Konsep restoran ni adalah bbq dan ditawarkan pakej. Kalau nak makan banyak maka lebihlah bayarannya. Restoran ni menggunakan daging yang diimport dari Australia dan diperakui halal. Masa makan pun tak perlu rasa was-was ok!
 
Ini je makanan yang sempat aku snap dan agak cantik kat pandangan aku
 
Bersambung....

No comments:

Post a Comment