Monday 23 March 2015

Kita Ke Korea - Seoul [Part 5 - final]

Hari Kesembilan

Gyeongbokgung Palace

Bayaran Masuk: KRW6,000

Senang je ke sini. Ambil subway dan turun kat stesen Gyeongbokgung tu. Jalan kaki sikit. Kalau tak berapa pasti rajin-rajinkan diri tengok signboard petunjuk arah tu jumpalah nanti. Masa aku pergi tempat ni hari Jumaat. Ngam-ngam sampai kat luar istana ada tunjuk changing guard. Lepas tu beli tiketlah apa lagi. Ramai sungguh masa ni. Nak ambil gamabar tunggu tak ada orang memang berjanggutlah. Snap je mana yang sempat.




Gyengbokgung Palace ini adalah salah satu istana dari empat istana yang ada di Seoul. Cuba bayangkan empat hokay. Di tengah bandaraya pula tu. Istana dia yang satu ni pun gila besar. Penat mak jalan dalam ni tau. Bersih dan cantik. Tempat raja bersemayam pun sempoi je. Taklah bersalutkan emas dengan kerusi bersalutkan kulit kerbau ke ular ke kulit tapir. Tak beralaskan tempat empuk.
 
 
Taman dalam istana ni pun luas sungguh. Tengah musim luruh ni, cantik pemandangan jadinya. Dah macam dalam lukian pun ada tapi ini lukisan live!





My Kebab

Habis di Gyeongbokgung Palace, kami ke Itaewon nak buat apa lagi mencekik la. Perut dah lapar tergedik-gedik minta diisi. Dekat Itaewon ni memang bersepah kedai-kedai orang jual kebab dan makanan Timur Tengah. Kalau cari patin masak tempoyak memang tak jumpa. Kalau diperhatikan mana-mana negara kalau mencari makanan halal yang senang didapati adalah kebab dan mereka-mereka ini mesti ada di kebanyakan negara tak kira la majoriti Muslim atau tidak. Tak keterlaluan kalau dikatakan muka mereka-mereka ini memang tidak asing di kebanyakan negara.

Kami singgah makan di restoran ni. Tak jauh dari stesen subway dan tak perlu nak menapak macam makan di Muree Muslim Restaurant tempoh hari. Aku tak ingat nama makanan yang aku ambil ni nama macam Beef Cheese gitulah. Harga KRW9,000.

Dah separuh makan baru teringat nak snap gambar nampak sangat lapar teruk

Hangang Park / River Cruise

Cruise: KRW8,000

Tempat ni merupakan tempat orang beriadah waktu petang-petang. Dengan angin yang sempoi-sempoi sejuk hingga mencengkam tulang. Aku masa ni jalan pun dah menggigil-gigil. Proses pembakaran lemak untuk menghasilkan haba pun tak mampu nak menghangatkan tubuh badan. Kawasan sini memang luas. Kalau yang couple datang nak feeling-feeling pasangan paling manis boleh sewa basikal couple tu bersiar-siar sekitar taman ni. Ohh...manisnya.
 

 
 
Kami ambil cruise dengan niat nak tengok Rainbow Bridge tapi hampa sebab bulan November pertunjukan tu tak diadakan. Pergi Hangang nak tengok rainbow, rainbow tutuppppp...hahhaahaha. Kami cuma bersiar-siar atas cruise sambil nikmati pemandangan malam terakhir di Seoul. Walau dalam keadaan cuaca sejuk yang menggila sampai aku rasa nak menyorok belakang pintu. Tapi dalam pada sejuk amat tu sempat jugalah ambil gambar.

 


Balik tu kami kemas barang nak balik Malaysia yang tercinta. Penerbangan kami sebelah pagi dan kami tinggalkan Korea dengan kenangan yang cukup rasa masam masin dan manis dengan harapan nak ke Korea lagi!
 
p/s: Nasib baik duit teksi ke lapangan terbang dah asing siap-siap kalau tak mau ada yang jalan kaki :p 

No comments:

Post a Comment