Thursday 26 February 2015

Kita Ke Korea - Busan [Korea - Part 2]

Sambungan Hari Ketiga...
Dari Jeju ke Busan juga kami mengambil penerbangan Jeju Air. Ambil masa 1 jam juga untuk sampai. Dari lapangan terbang Busan ke guesthouse kami ambil subway terus ke Stesen Busan (Busan Station) dan dari stesen menapaklah kami dengan jayanya ke guesthouse tersebut.

Hari Ketiga

Busan Sukbak Dotcom Guesthouse

Harga: KRW78,000/satu malam (4 orang)
 
Daftar masuk ke Busan Sukbak Guesthouse dan semuanya dah kepenatan. Lokasi guesthouse ini agak strategik kerana berdekatan dengan stesen subway dan juga Busan Station. Cuma perlu berjalan kaki sikitlah (kata nak kurus :p).
 
Satu bilik ada dua double-decker serta locker
Tempatnya bersih dan disini antaranya ada disediakan pengering rambut, seterika baju, komputer dan  mesin basuh secara percuma cumanya nak keringkan baju dan printing ada bayaran dikenakan. Sila jujur.


Jagalchi Market, Night Market & Nampo-dong Underground Shopping

Sebetulnya perancangan malam ambil night tour dengan tourist bus tapi disebabkan ada masalah teknikal dan bahasa maka perancangan tu tak menjadi. Maka, merayaulah kami ke Jagalchi Market. Penggemar seafood mesti suka dengan lambakan makanan laut depan mata. Dari ketam gergasi kepada octopus kepada kerang. Semua besar-besar. Kalau di Malaysia harga melambung-lambung ni. Aku ada terbaca di blog lain yang mana mereka mencuba makanan di sini tapi kami tak makan pun cuma jalan-jalan keliling dan cuci mata je yang mampu.
 
 
 

Dah rasa bosan asyik tengok je tanpa makan kami pun jalan macam orang tiada arah dan akhirnya terjumpa deretan kedai-kedai yang meriah. Aku namakan night market je ke ini Gukje Market yang orang selalu sebut tu. Entahlah confuse mak sebab kawan aku ada je tanya orang sekitar situ. Bagi penerangan belok sini sana pun lost. Akhirnya jalan dan jalan dan jalan lagi tiba-tiba jumpa street ni. 

Kebanyakan gerai jual baju dan aksesori. Ada terjumpa gerai jual souvenir di sini dan bila dibandingkan agak murah beli disini dari Seoul. Aku dan kawan-kawan pun tak boleh tahan perasaan dari tak membeli disini. Mana boleh tahan perasaan kalau kau jumpa baju sehelai KRW5,000?

 
Seain itu, kami juga berjalan ke Nampo-dong Underground Shopping, kebetulan tahu sebab gunakan subway dan ia sebenarnya kedai-kedai bawah tanah bersambung dengan stesen subway. Nak shopping boleh sangat, harga pun boleh tahan. Aku beli legging harga KRW2,000 je bersamaan MYR6.40 (saja bagitau) dan juga sempat rembat beg galas Korea yang popular tu. Ada banyak lagi pilihan dan kedai lain lagi di sini. Baju, kasut, beg, aksesori, stoking dan macam-macam lagilah.


Hari Keempat

Gamcheon Culture Village

Bayaran masuk: KRW2,000 (beserta peta Gamcheon)

Ini tempat wajib pergi jika ke Busan. Tak lengkap rasanya kalau tak ke tempat ini. Untuk pengetahuan, perkampungan ini besar dan perumahan-perumahan disini didiami oleh penduduk. Rumah-rumah disini diperindah dan berwarna-warni untuk tarik perhatian orang untuk berkunjung dikawasan ini. Ada juga kesenian dan projek-projek dijalankan disini.

Untuk ke sini ada perkhimatan bas disediakan tapi kami ambil teksi setelah dikira-kira harganya lebih kurang sama sahaja dengan bas. Pergi berempat amat efisen juga ambil teksi dan boleh menjimatkan masa.
 
Tambang teksi: KRW5,000


 
Baju-baju bergantungan menunjukkan perkampungan 'hidup' di sini. Besar juga kawasan di sini.


Kalian juga boleh beli poskad di sini dan poskan pada kawan-kawan atau diri sendiri. Aku memang akan cari poskad dan pos untuk diri sendiri jadi bila ada disini mudah sikit kerja ye dak. Depan gerai poskad ini siap ada peti pos sekali jadi kalian bolehlah beli poskad dan setem terus hantar je. Ada dua pilihan samada mahu dipos sebagai poskad biasa atau selepas setahun baru mereka poskan. Aku buat dua-dua, tapi malangnya sampai entri ini ditulis (15/2/15) aku tak dapat lagi poskad dari Busan. Poskad yang aku pos dari Jeju pun aku dah terima lepas 2 minggu balik ke Malaysia.

Kalian akan habiskan masa hampir setengah hari disini. Jadi ambil masa dan jangan terkejar-kejar. Aku pun tak cukup round Gamcheon ni tau. Masa nak balik ada pula orang buat persembahan menari-nari pakai pakaian perempuan gitu.



 
Taejongdae Park

Bayaran masuk: Tiada
Perkhidmatan Tram: KRW2,000

Tambang teksi dari Gamcheon ke Taejongdae: KRW10,900

Dari Gamcheon, sekali lagi kami ambil teksi untuk ke kawasan ini. Luas juga tamannya kalau jalan kaki minta nyawa jugalah. Ada banyak stesen/zon yang akan tram ini berhenti. Tram akan berhenti disetiapnya. Kalau rasa nak turun, turunlah. Kami berhenti di observation deck. Dengar kata di sini kalau cuaca baik dan cerah boleh nampak pulau Tsushima di Jepun.
 

Dari atas deck
Di sini juga terdapat galeri gambar-gambar pelakon Korea yang popular Choi Jii Woo. Siapa tengok drama Winter Sonata tapi tak kenal dia sila masuk peti ais laju-laju.

 
 
Night Tour

Bayaran: KRW15,000

Disebabkan tak mahu lagi terlepas tour ni, pada sebelah paginya kawan aku minta tolong owner guesthouse (anak owner rasanya sebab muda lagi) untuk telefon buat tempahan. Akhirnya dapatlah kami merasa night tour dengan bas dua tingkat itu. Akan ada penerangan untuk lokasi-lokasi tertentu melalui skrin tv bas. Bila tiba di pantai Gwangalli (Gwangalli Beach) pemandu berhentikan kenderaan dan berikan semua penumpang untuk turun dan apa lagi bergambarlah. Cantik!

 

Sebelum tu sempat juga kami lepak di Tom & Toms Coffee berhadapan dengan tempat menunggu bus night tour ni. Kata pergi Korea kan tak sah la kalau tak minum kopi.



Hari Kelima

Tidak kemana pagi ini hanya bersiap dan berkemas untuk ke Seoul pula. Tiket KTX dah dibeli sehari sebelumnya di kaunter Busan Station. KTX adalah keretapi laju yang menghubungkan Busan dan Seoul. Tiket KTX kalau dibeli untuk empat tempat duduk harganya lagi murah. 

Tiket KTX ke Seoul: KRW181,200/ 4orang (45,300/orang)


Pemandangan sepanjang agak menarik dan memang menarik pun, Walau semua tak terakam dalam gambar tapi tersimpan dalam memori otak,
 


 
Bersambung....
Lokasi berikutnya..Seoul 


3 comments:

  1. apakah teksinya memakai argo? atau tawar saja biayanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Monic,

      Teksi pakai meter. Perlu bayar ikut harga di meter.

      Delete
  2. Cantik juga Busan ni. Tapi yang famous di Busan Pantai Haeundae, kan?

    ReplyDelete