Wednesday 26 February 2014

Sehari di Ipoh

Plan ke Ipoh adalah perancangan saat akhir. Disebabkan ada seorang kawan dah habis kursus di Langkawi dan nak bertolak balik mahu singgah di Ipoh di mana ada sorang kawan kami menetap di sini maka aku yang tinggal di tengah Semenanjung di suruh pergi beli tiket bas ke Ipoh. Faham tak penyataan aku tu. Baca sekali lafaz je. Heh! Petang Jumaat lepas balik kerja terus memecut ke stesen bas dengan niat suci mencari tiket ke Ipoh. Dapat bas terakhir ke Ipoh pukul 11:30 malam tapi 12:30 tengah malam baru sampai. Hampir 3 pagi baru sampai stesen bas Ipoh. Kawan aku beritahu yang stesen Ipoh ini adalah terminal yang baru tapi jauh sikit dari rumah. Cuma lagi selesa dan besar dari dulu. Elok juga jauh sikit taklah sesak sangat dengan bas dan tempat yang sempit. Dia ambil aku terus ke hotel. Tidur pun tak cukup. Aku rasa mata panda dengan mata aku pun tak banyak beza rasanya.
Pagi Sabtu tu kami bersarapan kat Chapati Medan Gopeng. Kawan pesan chapati aku cubit-cubit sikit tapi memang terbaiklah chapatinya. Lembut meletup-letup di mulut. Sampai repeat order.



Kami putuskan nak ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Disebabkan warga Ipoh pun lupa jalan nak ke sana maka aplikasi Waze yang jadi perantara. Tiket masuk ke sini RM3 untuk dewasa. Boleh juga beli makanan ikan kat sini untuk bagi ikan makan. Ikan kat sini pun gemuk-gemuk dan besar-besar asyik makan je. Tabur makanan dah macam piranha masing-masing berebut. Taman Rekreasi Gunung Lang diselenggara oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Ada bot menyeberangi tasik dan korang boleh jalan-jalan kat taman seberang tasik seberapa lama yang nak. Bot terakhir ambil penumpang dari seberang pukul 6 petang kalau tak silap.

Di sini ada juga taman permainan kanak-kanak kalau yang dah bekeluarga tu bolehlah bawa anak-anak memang berlarilah budak-budak mengejar taman permainan ni. Tempat pertama yang kamu tujui adalah rumah kayu yang turut juga dipanggil sebagai Rumah Adabi. Mungkin sebab reka bentuknya seperti rumah dalam iklan adabi. Di sini juga ada 2 buah menara dan boleh tinjau pemandangan dari atas. Masa kami berjalan di sekitar taman ada terpandang kayak di tepi tasik. Sebelum ni mungkin ada aktiviti kayak dan mungkin juga dihentikan kerana tiada permintaan. Mungkin. Di hujung taman ada gua tapi dah ditutup atas sebab keselamatan. Pemandangan di hujung tasik memang cantik walau masa aku pergi tengah panas. Ada juga kandang burung unta disini. Taman rekreasi sini agak luas, penat jugalah berjalan lagi-lagi matahari tengah tegak atas kepala.












Habis di Taman Rekreasi Gunung Lang kami singgah makan di Restoran Nasi Vanggey. Ipoh memang terkenal dengan makanan ini. Kenyang perut senang hati, kereta bergerak ke Kellie's Castle. Tempat ini antara yang popular di Ipoh. Istana ini ditinggalkan oleh William Smith, warga British yang meninggal dunia di London tanpa sempat melihat istana yang dibinanya sendiri. Memang besar pada pandangan mata aku yang tak pernah duduk dalam rumah agam. Bayangkan siap ada gelanggang tenis kat atas istana. Memang tahap kaya langit ketujuh. Setiap bilik dalam istana ada laluan ke bilik rahsia. Kalau ada apa-apa terjadi macam perang ke serang hendap ke penghuni dalam rumah ada tempat untuk selamatkan diri. Dia punya pemikiran boleh sampai tahap ada laluan terowong rahsia sehingga ke kuil bersebelahan dalam jarak 500 meter. Kagum amat aku tapi belum tahap melopong lagilah. Ada juga cerita ada antara pelawat-pelawat yang pernah nampak bayangan (hantu) si William Smith ni berdiri tegak di istana dengan sut British dia tapi beliau sebenarnya meninggal di London. Aku mula terfikir siapa kata Malaysia tak hebat. Bukan orang je yang nak datang Malaysia, hantu pun return balik tau. Puas bergambar dan menjelajah dalam Kellie's Castle lepak sekejap di cafe yang ada disediakan di pintu masuk. Penat fizikal dan mental. Kalau tak rehat, aku rasa tengah berjalan boleh rebah. Kebetulan cuaca menggila panas hingga ke petang.









Seharian berjalan kaki pun longlai. Penat jangan cerita la. Lebih kurang pukul 5 petang kami bertolak balik. Nasib baik bukan aku yang memandu. Okbai.




P/s: Jangan buang sampah dalam hutan, dalam longkang, tepi jalan dan dimana-mana tempat pun. Kebersihan juga adalah salah satu kecantikan. Tuhan suka pada kecantikan kan...

No comments:

Post a Comment