Tuesday 25 February 2014

Menjejaki Ulu Salan

Pelawaan seorang rakan yang ingin kembali semula ke kawasan ini. Aku tak pernah jejak cuma beliau yang pernah jejak kaki ke sini 3 tahun yang lalu. Ulu Salan adalah tanah terpencil di kawasan Jerantut, Pahang. Masuk ke sini memerlukan jentera 4x4 yang gagah perkasa. Nak lagi adventure guna scrambler/motor off road. Jalan tanah merah yang menjanjikan pengalaman yang berbeza. Menurut kawan aku datang kembali pada tahun 2014, jalan dulu lagi berlekuk-lekuk. Dalam kereta memang meloncat-loncat sampai kepala jejak dengan bumbung kereta. Masa aku pergi jalan dah baik sikit tapi masih melompat-lompat cuma tidak seteruk dulu. Nak tempat best kenalah berkorban kan. Kereta kena tinggal luar. Sementara tunggu Land Rover sempatlah cuci mata dengan sunset Jerantut.

  
Kami masuk ke dalam hutan waktu malam. Sejam lebih jugalah jalan nak masuk ke tapak kem. Tak ada buat apa pun malamnya. Cuma tunggu esok nak trekking masuk hutan menjejaki air-air terjun yang ada. Sebelum mula trekking, warm-up apa yang patut dulu. Mula-mula je dah seberang sungai. Naik bukit turun bukit korang akan jumpa jeram dan sungai yang tenang mengalir sebelum jumpa air terjun yang sangat cantik di penghujung.








Destinasi pertama dan paling hujung adalah Lost Waterfall. Persoalan yang bermain dalam kepala kenapa di panggil Lost Waterfall terjawab bila aku diberitahu air terjun yang tinggi mengalir ni akan hilang begitu sahaja dalam tanah. Maknanya air tidak mengalir menjadi sungai. Air terbentuk seperti kolam sahaja. Kagum? Subhanallah.



Pit stop kedua Lata Lebah. Tak boleh nak mandi disini sebab air dalam amat. Cuma boleh menghayati air terjun yang mengalir cantik. Deras air kat sini. Sambil ambil gambar, rehat-rehat layan jiwa. Bunyi air terjun lain iramanya. Boleh berangan dua tiga babak. 

Dalam perjalanan nak balik semula ke tapak kem boleh singgah mandi-manda di lata licin ke sungai licin namanya entah. Kalau korang terlentang ke meniarap ke mandi kat sini batu-batu sungai yang licin akan bawa korang ke hujung. Mungkin itu sebab ia dikenali sebagai lata licin. Tak payah bawak surf board pakai badan sendiri je. Air sungai kat sini pun tak dalam mana pun.

Esoknya menjejaki lata-lata yang lain dengan laluan yang berbeza. Banyak bermain dengan sungai dan air. Redah air sikit, memanjat sikit. Lembap, kering lepas tu basah balik. Asyik main air sampai kaki pun bertelur air. Mengada punya kaki.


  
Tempat pertama yang akan jumpa Lata Telor. Sebab kenapa di panggil Lata Telor tidak diketahui. Tiada jawapan. Nak kata bentuk air terjunnya bujur macam telur pun boleh jadi. Ada salah satu gambar dibawah di Lata Telor agak kabur sikit. Lokasi strategik dah. Terlebih zoom kot.



  
Terus lagi akan berjumpa dengan Lata Bersiram. Sesuai dengan nama, korang boleh bersiram di bawahnya dengan pakej urutan bahu. Berdiri tegak sambil nyanyi lagu Hindustan. Pakej percuma urutan bahu semulajadi dapat kat sini. :)



Tempat terakhir, Lata Permaisuri. Padanlah dengan namanya. Botingkek-tingkek air kek sini. Gaya permaisuri mesti lebih dari yang lain kan.








Korang tak akan menyesal datang sini. Air terjun kat sini tak sama dengan tempat lain. Walau tak banyak kemudahan dan line telefon pun tak ada tapi bagi yang nak cuba pengalaman baru memang digalakkan. Dua malam yang berbaloi. Tiada siapa boleh cari dan mencari. Terputus hubungan dengan dunia luar. Di hari terakhir, kami bertolak keluar lebih kurang pukul 2 petang.






P/s: Jangan buang sampah dalam hutan, dalam longkang, tepi jalan dan dimana-mana tempat pun. Kebersihan juga adalah salah satu kecantikan. Tuhan suka pada kecantikan kan...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hi... bole Bg sy no fon.. sy nak mintak info waterfall kat sini.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, minta maaf lambat reply sebab dah lama tak buka blog. Saya pergi dengan kawan and dia ada contact orang yang bawa ke dalam. Saya pun ingat2 lupa je sebab dah lama

      Delete