Monday 17 March 2014

Jejak Sungai Lembing

Ini kali kedua aku ke Sungai Lembing. Pertama kali pergi cuma nak ke Bukit Panorama tapi masa tu tak ada rezeki untuk menikmati matahari terbit. Hujan tak mengizinkan matahari untuk muncul. Sungai Lembing ini di bawah daerah Kuantan. Merupakan pekan yang amat kaya masa dulu dengan aktiviti bijih timah. Ada bas Rapid Kuantan masuk ke sini. Nombor bas tak ingat tapi dari dekat kepala bas korang akan nampak destinasi ke Sungai Lembing. Apa yang best di Sungai Lembing ini antaranya adalah Air Terjun Pelangi dan Bukit Panorama.

Aku dengan lima orang kawan yang lain bertolak malam jumaat dan menginap di chalet tepi medan selera yang aku dah lupa namanya. Chalet ni memang betul-betul tepi Medan Selera dan juga hentian bagi bas Rapid Kuantan. Esoknya lebih kurang 7 pagi kami berenam menaiki trak meredah tanah merah dan denai sungai untuk ke destinasi pertama Air Terjun Pelangi. Trak akan hantar sehingga ke anak sungai atau camp site dan kami perlu untuk menyeberang sungai sebelum trekking masuk ke dalam.





Trekking tak lama pun tak sampai sejam. Redah semak-semak dengan sungai je.





Akhirnya akan jumpa air terjun yang cantik semacam dalam lukisan. Kami masak dan makan sekali di sini.  Tapi masa aku sampai ni mak oii ramai betul umat manusia. Lama juga di sini sampai tinggal grup kami je dalam ni. Serius cantik. Air Terjun Pelangi dapat nama sebab pelangi lazimnya terbentuk di sekitar air terjun. Ikut rezeki korang juga pelangi muncul dalam cara yang macam mana. Masa aku pergi ni hampir tak dapat pelangi. Akhirnya matahari muncul dan terbias di air maka pelangi pun keluar. (Eceh... ayat terbias paling tak tahan serupa pakar cuaca dan geologi). Pelangi kembar lagi yang mucul tau.







Lepas keluar diorang nak ke Muzium Sungai Lembing dan Terowong Bijih Timah Sungai Lembing. Aku punya hasrat nak ke muzium je sebab aku dah masuk ke terowong tu masa pertama kali datang sini dulu. Masuk muzium tak dikenakan bayaran cuma perlu tulis nama untuk rekod pelawat. Muzium Sungai Lembing rata-ratanya berkenaan bijih timah yang menjadi pekerjaan hampir kebanyakan penduduk sekitar sebelum tahun 1980-an sebelum aktiviti tersebut ditutup. Di sini korang akan dapat pengetahuan tentang asal usul Sungai Lembing. Selain dari tu ada juga peralatan untuk melombong dipamerkan dan juga alatan komunikasi waktu dulu. Muzium Sungai Lembing ini merupakan rumah pengurus lombong bijih timah (kalau tak silap aku la. Agak lupa informasi ini) yang kemudiannya telah di ambil alih dan dijadikan muzium. Nak tau lebih lagi boleh pergi melawat untuk dapat informasi lebih lanjut.





Keluar dari muzium diorang berhajat nak ke Terowong Bijih Timah yang terletak bersebelahan tapi dah ditutup. Tengok dekat banner tunjuk pukul 10 malam baru tutup. Kami keluar dari muzium pun dah hampir pukul 5. Balik dari situ kami buat minum petang. Pisang goreng dan cucur jagung homemade ditambah dengan teh o panas. Perghhhh... layan. Malamnya, kami berbbq tepi chalet je. Barang-barang mentah dan peralatan semua bawa sendiri. Tapi nak menunggu bbq la satu penyeksaan. Bila dah dapat ngap rasa satu kenikmatan. Makan ramai-ramai ni lain feeling nya.





Hari terakhir kami ke Bukit Panorama. Disebabkan aku pernah naik sebelum ni jadi aku naik sini pakai selipar je di samping harapan nak tengok matahari terbit yang menggunung tinggi. Jalan naik ke Bukit Panorama agak senang. Bertangga. Lebih kurang tiga suku bukit tu bertangga. Pukul 6 pagi dah boleh standby untuk naik ke sini. Dalam perjalanan naik jangan lupa toleh belakang. Awan-gemawan menggamit-gamit. Sampai ke puncak bukit kali ini juga tiada rezeki untuk aku tengok matahari terbit. Malu sangat mataharinya. Kawan aku cakap kalau betul-betul matahari memang keluar cantik membulat. Aku tengok gambar yang dia snap tu memang marvelous la. Kecewa. Harus bersabar dengan alam.







Turun dari Bukit Panorama kami pekena sarapan dekat salah satu warung Melayu yang ada disini. Tak jauh dari chalet. Sedap. Bila makan nasi lemak dengan bau kampung lain macam dia punya rasa. Ke aku je yang gila nasi lemak? Lantak la tapi memang aku rasa sedap. Diorang decide nak ke Terowong Bijih Timah lepas sarapan. Aku tak pergi. Kawan perempuan aku yang berdua tu pun tak ikut. Masa aku masuk dulu kena bayar RM15 untuk tiket masuk. Dalam tu nanti korang akan dapat rasa macam mana pekerja-pekerja ni dulu bekerja dalam terowong yang panas dan jauh ke dalam tanah. Dan kalau nak tahu terowong bijih timah di Sungai Lembing ini adalah salah satu lombong bijih timah yang terdalam dan terbesar di dunia. Tapi tidaklah korang dapat rasa semuanya dalam tu. Pengurusan terowong ni buka sedikit je untuk bagi korang rasa suasana dalam tu. Aku share gambar dulu-dulu. Masa aku pergi kali pertama dulu tempat ni baru dibuka untuk orang ramai. Kerja-kerja penyelenggaraan pun masih berjalan lagi waktu tu. Kat tempat ni juga ada kedai cenderahati. Kira dah jadi antara salah satu tarikan pelancong jugalah di sini.



Kredit pada Ila Aja untuk gambar-gambar di sekitar terowong

Oh ya, di Sungai Lembing ni ada satu petrol pam lama yang terletak di tengah jalan. Dalam perjalanan balik sempat jugalah ambil gambar. Pun tak jauh dari chalet. Jalan kaki pun boleh. Cuma sebelum ni tak sempat nak bergambar kat situ, lepas diorang balik dari terowong tu terus pack barang nak balik. Lari sekejap la turun kereta terus ambil gambar barang sekeping dua.



Makan tengahari kami singgah di R&R Temerloh. Menu utama haruslah ikan patin. Dah kenyang baru cergas. Sempat juga diorang singgah gerai durian tepi lebuhraya tapi aku takat pandang jelah. Tak makan. Tapi kalau kau bagi aku kek durian ke durian crepe ke InsyaAllah licin. Heheh. Sampai rumah pun dah lewat petang. Masa berjalan tak ingat penat pun bila dah sampai rumah dia punya letih tahap nak minta orang mandikan. Ok bai.


P/s: Jangan buang sampah dalam hutan, dalam longkang, tepi jalan dan dimana-mana tempat pun. Kebersihan juga adalah salah satu kecantikan. Tuhan suka pada kecantikan.

No comments:

Post a Comment