Thursday 12 February 2015

Kita Ke Korea - Persediaan


Korea is too mainstream now. 

Kann?? Bersepah blog dan kawan-kawan yang sudah dan akan menjejakkan kami ke Korea. Aku cuma nak tulis serba sedikit perjalanan ke sana. Persediaan dan keperluan. Mana tahu boleh membantu. Oh ya, aku ke tiga tempat yang agak popular pada orang Malaysia. Pulau Jeju, Busan dan semestinya Seoul.

Tiket ke Pulau Jeju
(via Jeju Air)

Jeju Air boleh disamakan seperti Air Asia di Malaysia. Penerbangan tambang murah. Ada banyak penerbangan domestik ke Pulau Jeju dan boleh dikatakan sejam sekali. Selain Jeju Air, masa kami survey tiket ke Jeju pun Eastar Jet antara yang murah. 

Kami beli tiket ke Jeju sebulan sebelum terbang ke Incheon. Boleh tahan jugalah harganya. Kalau beli 3-4 bulan lebih awal boleh dapat lagi murah. 

Penerbangan ke Jeju melalui Lapangan Terbang Gimpo (Gimpo Airport).

 

Bas ke Lapangan Terbang Gimpo (Gimpo Airport)

Lokasi: Gate 3 Incheon Airport
Harga: KRW7,500/seorang.

Tiket beli kat situ juga, ada orang yang akan jaga dan beli tiket dari dia. Perjalanan ambil masa kira-kira 30-40 minit. Akan berhenti betul-betul di laluan pintu masuk penerbangan domestik.


 
T-Money 

Wajib ada. Senang nak bergerak jika menggunakan perkhidmatan awam. Kami selalu guna bila menggunakan subway.  Mudah dan tidak membazir masa nak beli tiket. Boleh juga guna untuk beli barang-barang di convenience store seperti GS25, 7-eleven, dan C U. Cecah je Lapangan Terbang Incheon, perkara pertama adalah beli T-Money dan tambah nilai.

Harga kad: KRW4,000
Tambah nilai: KRW 50,000
Boleh beli dan top-up di GS25 atau 7-eleven.



Kalau ada lebihan duit dalam kad jangan risau sebab boleh refund di GS25 dan nilai refund adalah tidak melebihi KRW20,000. 


Kereta sewa

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, terus ke kaunter KT Kumho iaitu syarikat sewa kereta yang aku dah tempah awal-awal dari Malaysia. Dari situ, ada shuttle bus yang disediakan untuk pelanggan untuk ambil kereta yang telah ditempah samada tempahan awal melalui laman web atau tempahan terus di lapangan terbang.

Sebelum ambil kereta, bayaran penuh dibuat. Tunai tak diterima. Nasib baik aku dah aktifkan awal-awal kad debit/atm untuk kegunaan luar negara. Tak jadi masalah. Jadi, pada yang tak ada kad kredit tak perlu risau nak travel sebab ada pilihan lain cuma perlu pastikan dalam kad debit/atm ada wang yang mencukupi. Dan bayaran melalui kad debit sebenarnya lagi murah setelah ditukar pada MYR. Tak percaya? Cuba!

Ok, selesai bab kereta. Maka dengan itu bergeraklah kereta berkenaan dengan kapasiti 4 orang penumpang untuk daftar masuk bilik. Oh ya, kami sewa Kia Morning. Lebih kurang Perodua Viva di Malaysia tapi menggunakan gasolin.

Digalakkan buat tempahan melalui laman web KT Kumho dan daftar sebagai ahli. Harga ahli jauh lebih murah kebabom!!! Laman web seperti di bawah. Jangan malas klik.



Sewa 2 hari: KRW52,000 + KRW19,800 (insurans)
Gasolin : KRW27,800

** Kalau rasa tak sempat nak isi penuh balik petrol/gasolin ataupun malas ataupun leceh nak berusurusan dengan stesen petrol boleh je bayar terus pada kaunter bila pulangkan balik kereta.


Subway

Di Korea, antara pengangkutan awam yang utama adalah subway (keretapi bawah tanah). Banyak tempat-tempat tunpuan senang di akses melalui pengangkutan awam. Tak payah pakai ejen pelancongan pun korang dapat hidup. Cuma perlu research lebih sikit. Laman web pelancongan korea pun ada penerangan untuk ke lokasi-lokasi tumpuan. T-Money amat membantu, tak payah susah-susah pergi mesin beli tiket. Nak beratur lagi, nak cuci mata lagi. Eh!





Moral:
Rasanya kita bolehlah ikut budaya yang baik ni. Beratur sebelum masuk dalam subway dan bagi laluan pada yang di dalam keluar dahulu baru masuk. Contoh yang baik ni ambillah ye dak..




No comments:

Post a Comment