Hari Pertama
Kkodak Kkodak Guesthouse
Bayaran: KRW55,000 (4 orang)
Tempahan melalui booking.com
Bilik ala Korea yang mana ada tilam, bantal dan comforter beserta bilik air persendirian.
* Tempat agak tersorok, guna navigasi pun tak sampai depan guesthouse. Nasib baik ada ahjumma yang sudi membantu.
* Memang dekat dengan tempat-tempat menarik, kereta amat membantu perjalanan.
* Tempat agak tersorok, guna navigasi pun tak sampai depan guesthouse. Nasib baik ada ahjumma yang sudi membantu.
* Memang dekat dengan tempat-tempat menarik, kereta amat membantu perjalanan.
Seogwipo Bridge
Tiada bayaran masuk
Jambatan ni nampak meriah dengan cahaya-cahaya pada waktu malam. Bertukar-tukar warna. Masa aku pergi sejuk dan berangin. Jalan-jalan nikmati angin malam. Kalau pergi siang boleh nampak pelabuhan dan air pantai.
* Berdekatan dengan Cheonijyeon Waterfall. Senang, satu jalan saja. Jalan kaki pun boleh.
Cheonijyeon Waterfall
Bayaran masuk: KRW2,000
Buka sehingga 11 malam
Pemandangan waktu malam juga cantik. Ramai juga yang masuk malam tu. Penghujung jalan akan jumpa air terjun.
Hari Kedua
Jeongbang Waterfall
Bayaran masuk: KRW2,000
Air terjun jatuh dan terus mengalir ke laut. Sangat takjub. Sangat cantik.
Di kawasan parkir kawasan ni ada tourist information. Kalau nak tanya apa-apa atau dapatkan peta tetang kawasan menarik sekitar Jeju boleh masuk dan tanya.
Oedolgae Rock
Hanya parking kena bayar dan tiada bayaran masuk (Parking KRW 1,000)
Di kenali sebagai Oedolgae Rock atau Lonelines Stone kerana terdapat sebuah batu di tepi laut yang terpisah di antara tebing/batu yang lain. Cantik sangat. Jalan masuk ke dalam ada taman yang agak luas. Bersih dan cantik.
Sangumburi Crater
Bayaran masuk: KRW6,000
Agak mahal bayaran masuk tapi berbaloi sebab pemandangan sangat-sangat cantik. Kalau bercinta memang digalakkan datang ke sini . Boleh feeling-feeling syahdu. Okbai.
Jeju Suncity Guesthouse
Bayaran: KRW90,000 (4 orang)
Tempahan melalui booking.com
Digalakkan menginap di sini. Lama pun tak apa. Bilik kami berdepan dengan pantai dan dekorasi pun cun. Kalau pergi lagi memang aku nak stay sini lama sikit. Guesthouse ni ada dua bangunan dan bertentangan. Kami dapat yang bertentangan dan berhadapan pantai.
Seopjikopji
Tiada bayaran masuk
Sini kawasan pantai dengan pemandangan yang sangat cantik gila kebabom. Kena jalan naik ke atas dan akan nampak saujana pantai terbentang luas depan mata. Feeling syahdu pun boleh. Di Jeju, banyak kawasan boleh feeling syahdu romantik bagai. Tapi pergi semua perempuan. Sendiri layan perasaan la!
* Dekat Seopjikopji, ada satu rumah iaitu Cozy House, Rumah bertemakan candy. Comel je semua barang-barang dalam ni. Dengan teddy bear, aiskrim dan macam-macam lagilah dan yang penting semua benda comel dan dicomelkan. Bayaran masuk KRW6,000
Hari Ketiga
Seongsan Ilchulbong
Tempat paling cantik untuk tengok matahari terbit (sunrise) tapi malangnya selama aku di Jeju cuaca asyik mendung. Matahari pun segan nak keluar. Kalau korang berkesempatan pergilah. Kena panjat tangga sampai ke atas.
Sebab tak ada matahari jadi yang dapat hanyalah kawasan sekitar Seongsan Ilchulbong ini sahaja. Pun cantik. Dekat kawasan Ilchulbong ada kedai cenderamata. Bolehlah kalau nak beli poskad, rantai kunci, pelekat peti ais atau lain-lain barang buat kenangan.
Habis di Jeju, kami berangkat ke lapangan terbang untuk ke Busan pula.
p/s: Kalau datang Jeju tak cukup 2 malam. Korang kena lebihkan masa lama sikit kat sini sebab Jeju mana-mana tempat singgah pun cantik terutama kepada penggemar alam (nature lover). Tak akan menyesallah. Cuma aku jelah yang menyesal sebab tak dapat nak pergi banyak tempat.
No comments:
Post a Comment